Pengenalan My karya

Kaya Slice merupakan satu makanan tradisional yang diinovasikan daripada cecair likat kepada kepingan. Disamping ianya mudah untuk dimakan tanpa memerlukan sapuan berbanding dengan kaya yang sedia ada dipasaran. Kaya slice boleh dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama roti. Kaya slice mudah untuk disimpan, dibawa kemana- mana serta menjimatkan ruang. Melalui inovasi dan aplikasi teknologi makanan, masalah bau hanyir pada kaya dapat diatasi dan jangka hayat produk dapat dipanjangkan. Inovasi ini memberi kemudahan kepada masyarakat diluar sana yang sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk menyediakan sarapan berkhasiat dan bertenaga kepada anak- anak. Dengan kepingan kaya ini, ia mudah untuk dibawa kemana-mana, mudah untuk dimakan tanpa mengotorkan tangan mahupun pakaian. Disamping itu, melalui inovasi ini, kaya lebih dikenali dan mendapat tempat dikalangan masyarakat tempatan mahupun luar negara.

Visi & Misi My karya

MYKARYA berusaha memberikan kemudahan yang terbaik kepada masyarakat dengan memenuhi keperluan pelanggan dengan gaya hidup masa kini dan memberikan penyelesaian yang dapat menyumbang kepada kualiti kehidupan, kesihatan & persekitaran yang lebih baik.